Surat Al 'Alaq
Surat Al 'Alaq: terdiri dari 19 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan, iaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira'. Surah ini dinamakan Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan ‘Alaq yang terdapat pada ayat 2 surah ini. Surah ini dinamai juga dengan Iqra atau Al-Qalam.
Pokok-pokok isinya:Perintah membaca Al-Quran; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan qalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas kerana merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan