Memaparkan catatan dengan label Surat Al 'Alaq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Surat Al 'Alaq. Papar semua catatan

Khamis, 25 Jun 2015

Surat Al 'Alaq

 

Surat Al 'Alaq


Surat Al 'Alaq: terdiri dari 19 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Ayat 1 ‎sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama sekali ‎diturunkan, iaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira'. Surah ini ‎dinamakan Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan ‘Alaq yang terdapat pada ‎ayat 2 surah ini. Surah ini dinamai juga dengan Iqra atau Al-Qalam.

‎Pokok-pokok isinya:‎Perintah membaca Al-Quran; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan ‎qalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas ‎kerana merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang ‎menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.‎